PLACE YOUR ORDER BEFORE 5PM FOR SAME DAY DELIVERY, 7 DAYS A WEEK.

  • Order By 5:00 PM For Same-Day Delivery
  • Best Rated Florist in Malaysia
  • 4.8/5.0 Based On 11,729 Reviews

Kedai Bunga Melaka

Quick Gift Finder

Load More Products

Kedai Bunga Dalam Talian di Melaka

Di Zaman yang canggih ini semua boleh dilakukan menerusi internet, termasuk melakukan tempahan bunga untuk momen-momen terbaik Anda. Ada sesiapa disini tengah mencari kedai bunga dalam talian di area Melaka? Jom, ramai-ramai order dekat FlowerChimp Malaysia.

Melaka dan Bunga Berpisah Tiada

Sememangnya bunga telah menjadi salah satu sejarah dalam Melaka yang tidak boleh dipisahkan. Salah satu contoh bunga yang popular dari Melaka ialah Kesidang atau lebih dikenali dengan nama Bunga Negeri Melaka. Bunga ini bentuknya kecil dan memiliki keharuman yang serupa dengan daun pandan. Oleh masyarakat tradisi Melaka, bunga kesidang dijadikan sebagai bunga dandanan rambut wanita, pelengkap upacara perkahwinan Melayu dan hiasan pengantin.

Di Melaka terdapat juga taman yang dipenuhi bunga berwarna-warni bernama Garden of Thousand Flowers Melaka atau Taman Seribu Bunga. Di taman ini Anda boleh melihat koleksi bunga-bunga hidup yang cantik dengan rama-rama yang juga tidak kalah cantiknya. Tidak hairan jika ramai pelancong yang mengunjungi taman ini, terlebih pada hujung minggu.

FlowerChimp, Kedai Bunga Hidup di Melaka

Jika Anda ingin merasai sensasi Taman Seribu Bunga di rumah Anda, cukup dengan melakukan tempahan dalam talian di FlowerChimp dan kami akan melakukan penghantaran dengan segera dan kadar percuma di rumah Anda.

Selain sesuai untuk dijadikan dekorasi rumah, bunga yang dijual FlowerChimp juga sesuai untuk diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang, sahabat, keluarga dan sesiapa sahaja yang ingin Anda kehendaki.

Bunga ros, orkid, lily dan pelbagai bunga hidup lainnya yang kami jual dijamin tidak akan menghampakan Anda. Anda boleh berhubung dengan layanan khidmat pelanggan kami atau e-mel kami di info@flowerchimp.com untuk maklumat mengenai bunga juga penghantaran yang kami sediakan.