PLACE YOUR ORDER BEFORE 5PM FOR SAME DAY DELIVERY, 7 DAYS A WEEK.

  • Order By 5:00 PM For Same-Day Delivery
  • Best Rated Florist in Malaysia
  • 4.8/5.0 Based On 11,729 Reviews

Kedai Bunga Kuala Lumpur | Pengubah Bunga Terbaik

Penghantaran Percuma ke seluruh Kuala Lumpur. Pesan daripada florist kegemaran Kuala Lumpur. Layari 250+ koleksi susunan dan gubahan bunga kami dan buat penghantaran anda hari ini.

collection_img
Birthday
Flowers
collection_img
Surprise
Birthday Bundles
collection_img
Bouquets Below
RM100
collection_img
Condolence
flowers

Quick Gift Finder

Load More Products

Kedai bunga murah yang terbaik di Kuala Lumpur (KL)

Flower Chimp adalah kedai bunga KL atas talian yang mempunyai tujuan untuk menyediakan gubahan bunga yang terbaik untuk majlis anda. Jambak bunga kami yang cantik telah dipilih dan diatur oleh penggubah bunga yang terbaik di Kuala Lumpur (KL), untuk memberikan anda kepuasan yang maksimum. Dengan hanya satu klik, anda boleh menikmati bunga-bunga menarik dengan harga murah untuk rumah anda, atau dihantar kepada yang tersayang yang berada di kawasan Kuala Lumpur, seperti Kampung Baru, Bangsar, Ampang, Cheras dan Chow Kit. Jika anda sedang mencari kedai bunga Kuala Lumpur atas talian yang menawarkan pengalaman beli-belah yang mudah, di sinilah tempatnya!


Pelanggan kami telah kembali berulang kali apabila mereka memerlukan penghantaran bunga di KL, kerana kami mengambil berat tentang kualiti bunga kami, dan juga hal khidmat pelanggan. Penggubah bunga kami sangat berbangga dengan hasil gubahan bunga mereka, dan oleh itulah kami dinilai sebagai kedai bunga terbaik di Malaysia, dan ia semua kerana anda! Selain dari bandaraya Kuala Lumpur, kami juga menawarkan penghantaran di bandar-bandar utama yang lain, iaitu Petaling Jaya (PJ), Shah Alam, Lembah Klang, Pulau Pinang and Johor Bahru (JB). Anggaplah kami sebagai talian pintas untuk bunga - apabila anda memerlukan gubahan bunga yang murah dan menarik untuk majlis yang akan datang, kami akan menolong anda!


Jambak bunga paling digemari di Kuala Lumpur

Meskipun kita selalunya beranggapan bahawa jambak bunga adalah untuk perakuan cinta, ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah yang sesuai untuk pelbagai majlis! Dengan setiap bunga yang membawa maksud yang berlainan, anda digalakkan supaya membuat kaji selidik anda sendiri untuk mencari jambak bunga yang terbaik berdasarkan majlis atau situasi anda. Tidak kira jika anda mencari bunga orkid yang anggun, bunga ros yang indah, bunga tulip yang menarik atau bunga teratai yang menakjubkan, anda hanya perlukan satu klik sahaja untuk akses kepada bunga-bunga segar di Kuala Lumpur! Hanya layari laman web kami, dan kami akan lakukan segalanya untuk menghantar bunga yang terbaik kepada anda.


Selain dari membeli bunga untuk yang tersayang, sempena hari jadi ataupun majlis lain, anda juga boleh membeli bunga untuk diri sendiri! Bunga telah terbukti untuk meningkatkan mood seseorang dan mengurangkan tekanan harian, jadi dapatkan bunga untuk diri sendiri sebagai tabiat yang sihat! Anda boleh menghias ruangan rumah anda seperti bilik tidur, dapur dan ruang kerja dengan gubahan bunga oleh penggubah bunga kami di KL untuk mengubah mood anda secara ketara!


Bersama-sama dengan jambak bunga eksklusif, kami juga menawarkan barangan tambahan untuk menjadikan tempahan anda sebuah hadiah yang lebih menarik! Anda kini boleh memilih untuk menghantar bunga dan kek sekaligus untuk memeriahkan lagi hari penerima hadiah tersebut! Selain kek, anda juga boleh menambah anak patung lembut, coklat Ferrero Rocher yang digemari ramai dan biskut Famous Amos yang sedap untuk memaniskan lagi hadiah anda kepada yang tersayang tersebut. Sangat sesuai sebagai kejutan hari jadi atau hadiah yang penuh makna!


Penghantaran jambak bunga pada hari yang sama di KL

Dengan slogan “Untuk semua kejadian dalam kehidupan”, penggubah bunga kami di Flower Chimp berusaha setiap hari untuk memberikan kegembiraan pada semua. Kami menawarkan penghantaran bunga murah percuma di kawasan (area) KL, jadi lakukan tempahan jambak bunga anda dan kami akan lakukan segalanya selepas itu! Jika anda kurang arif dalam cara-cara memilih sejambak bunga, pelbagai pilihan bunga kami diatur mengikut majlis dan harga untuk memudahkan anda untuk melakukan pilihan. Kami tahu bunga adalah sesuatu yang istimewa, jadi kami ingin memudahkan lagi proses pembelian bunga di atas talian untuk semua. Hanya satu klik, dan siap!


Kepada pelanggan yang mencari hadiah di saat terakhir, kami ada berita baik! Selain penghantaran percuma, kami juga menawarkan penghantaran pada hari yang sama, jika anda melakukan tempahan sebelum pukul 2.30 petang. Ini adalah penyelesaian yang sesuai kepada para pelanggan yang terlupa hari jadi ataupun ulang tahun - kami memahami keadaan kehidupan moden yang penuh sibuk, jadi kami ingin membantu anda menyambut kesemua tarikh penting dalam hidup anda. Jadi, jika anda sedang merancang majlis yang seterusnya, jadikan gubahan bunga kami sebagai hadiah untuk orang yang tersayang itu! Penggubah bunga kami sudah bersedia untuk memeriahkan lagi majlis anda, seperti yang anda inginkan!